Posted by : HAIRUL ANUAR Sunday 14 August 2011


1.       MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh SMK Convent merupakan bukti komitmen SMK Convent untuk menangani masalah gejala ponteng dikalangan pelajar. Namun, beberapa masalah dan kelemahan telah dikenalpasti dan langkah inovatif perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang timbul.
Berikut merupakan beberapa masalah yang dihadapi sebelum inovasi ini diperkenalkan.
a)      Pentadbir.
Pentadbir tidak dapat mengakses maklumat kehadiran pelajar dengan mudah dan segera. Sebelum inovasi ini diperkenalkan, Pentadbir perlu merujuk kepada Buku rekod Kehadiran Kelas yang terletak di pejabat.
b)      Kaunselor.
Kaunselor tidak dapat mengesan gejala ponteng lebih awal dengan lebih efektif.  Sebelum inovasi ini diperkenalkan, Kaunselor hanya akan dirujuk apabila surat amaran ponteng telah dikeluarkan.  Walaupun terdapat beberapa kes, kaunselor mengadakan sesi kaunseling sebelum surat amaran dikeluarkan, namun kes sedemikian amatlah sedikit. Tambahan pula, kaunselor menghadapi kesukaran untuk mengesan kes sedemikian atas kekangan sumber akses.
c)       Guru Tingkatan.
Guru tingkatan tidak mengira jumlah ketidakhadiran pelajar sebelum akhir bulan. Kebiasaannya, guru terlepas had surat amaran dan hanya menyedari pada akhir bulan spabila menutup kehadiran.

d)      Guru Data.
Guru data perlu mengisi data e-kehadiran secara atas talian. Justeru, guru data perlu mengira dan menyemak buku rekod kehadiran setiap kelas di pejabat sekolah. Guru data terpaksa mengambil masa yang lebih untuk menjumlahkan bilangan kehadiransetiap kelas.  Situasi lebih buruk apabila guru data bertugas di luar kawasan sekolah atau bermesyuarat, mereka perlu datang ke sekolah semata-mata untuk mengira kehadiran pelajar di buku rekid kehadiran.

e)      Ibu bapa/ Penjaga.
Ibu bapa dan penjaga yang sibuk bertugas tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersemuka dengan pihak sekolah khususnya guru tingkatan. Ketiadaan saluran yang menghubungkan ibu bapa penjaga dengan guru tingkatan menjadikan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa agak renggang.

f)       Pelajar.
Pelajar tidak berpeluang mengakses buku Rekod Kehadiran yang terdapat di pejabat sekolah. Justeru, sistem ini memberi peluang kepada pelajar memantau dan menyemak status kehadiran mereka.

g)      Kos pengurusan.
Kos pengurusan untuk mengeluarkan surat amaran ponteng adalah besar sekiranya tidak dikawal. Kos pengurusan bukan setakat penggunaan material semata-mata, tetapi juga kos tenaga kerja guru-guru menyediakan surat amaran adalah amat bernilai.

h)      Kekangan masa.
Sebelum inovasi ini diperkenalkan, guru menghadapi masalah kekangan masa untuk menyempurnakan prosedur surat amaran. Kaunselor juga memerlukan masa yang panjang sebelum dapat mengesan dan mengadakan sesi kaunseling kepada pelajar yang terlibat.

i)        Beban tugas guru.
Beban tugasan guru semakin mencabar seiring dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Sebelum inovasi ini diperkenalkan, beban guru kelas, guru data, dan pentadbir dalam usaha menangani gejala ponteng amatlah besar. Bak kata pepatah, “berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya”.

j)        Tahap kepuasan hati pelanggan.
Sebelum inovasi ini diperkenalkan, ibu bapa tidak mempunyai medium untuk menyalurkan maklumat dan berkomunikasi dengan pihak sekolah terutamanya guru tingkatan. Pihak sekolah juga kekurangan medium untuk mendapatkan maklumbalas tahap kepuasan hati pelanggan daripada ibu bapa.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

RUANG SEMBANG

Blogger templates

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Followers

About Me

My photo
PENGETUA: Pn Hjh Nozli Hanim Md Shariff ***** GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA: Encik Abdul Rahman Bin Muhydin ***** GURU PENYELARAS BESTARI/ICT: Encik Hairul Anuar Bin Sobikin ***** SETIAUSAHA UNIT ICT: Puan Salehhah Binti Khairuddin ***** GURU PENASIHAT KELAB MULTIMEDIA: Encik Yusman Khairi Bin Yusoff ***** GURU PENASIHAT KELAB KOMPUTER: Cik Norsuria Binti Parman ***** GURU PENYELARAS KELAS LITERASI ICT: Puan Rayyan Afni Binti Shahiran ***** GURU PENYELARAS FROG VLE: Cik Nadia Binti Dany Goh *****GURU PENYELARAS PROGRAM KHAS ICT: Pn Nor Izzah http://cyberconventpro.blogspot.com smkconventbp@gmail.com

- Copyright © INOVASI.CBP -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -